ARAHAN SKM

Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengeluarkan satu pekeliling yang meminta koperasi meletakkan sasaran hanya 1/3 sahaja anggota lembaga terdiri daripada anggota bersara, 2/3 adalah anggota yang sedang berkhidmat. Koperasi diminta melaksanakannya dalam tempoh 2 tahun.

Anggota yang sedang bertugas digalakkan mencalonkan diri bila pencalonan dibuka pada tahun depan bagi mengisi kekosongan yang ada. Secara tak langsung boleh menyumbang idea dan kepakaran untuk aktiviti yang lebih mencabar dan memberi hasil pulangan untuk faedah semua anggota. Insyaallah.....

CADANGAN MENGURANGKAN KADAR PERKHIDMATAN PINJAMAN

Ada cadangan daripada anggota KAGUM untuk mengurangkan kadar perkhidmatan sekarang yang agak tinggi iaitu 6% kepada 5% atau 4% bagi menyaingi institusi kewangan di pasaran. Perkara ini terpulang kepada anggota yang membawanya sebagai usul di Mesyuarat Agung tahun 2013 nanti.
Blogger Template by Clairvo